Friday, November 27, 2009

LEBAH

Von-Frisch telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1973, dalam kajiannya mengenai sifat, tingkahlaku dan komunikasi lebah.

Seekor lebah yang telah menemui sebuah taman atau bunga baru, akan kembali ke sarangnya dan memberitahu lebah-lebah yang lain lokasi sebenar dan peta ke arah lokasi tersebut, yang dikenali sebagai ‘tarian lebah’.


Pergerakkan tarian lebah ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat di antara lebah pekerja telah diketahui secara saintifik menggunakan fotografi dan kaedah lain. Dalam ayat Al-Qur’an di atas menyatakan bagaimana seekor lebah berkemahiran untuk mencari jalan Tuhannya.

Jantina lebah yang disebutkan dalam ayat di atas merujuk kepada jantina betina, yang bermaksud lebah yang keluar meninggalkan rumah dan mengumpulkan makanan adalah lebah betina. Dalam erti kata yang lain, lebah pekerja adalah lebah betina.


Di dalam cerita Shakespeare, Henry the Fourth, beberapa watak di dalamnya turut bercerita mengenai lebah dan menyatakan lebah adalah tentera dan mereka mempunyai Raja. Ini adalah apa yang difikirkan oleh orang ramai ketika zaman Shakespeare. Mereka menyangka bahawa lebah yang bekerja adalah lebah jantan dan lebah yang pulang ke sarang akan mengadap raja lebah.

Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Lebah yang bekerja adalah lebah betina dan mereka tidak mengadap raja lebah tetapi mereka mengadap permaisuri lebah. Penyiasatan moden hanya menemui kejadian ini hanya 300 tahun yang lepas.

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: `Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia`,kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (An-Nahl, 68-69)

No comments:

Post a Comment

clock


Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com